Pendidikan non formal dan informal


        PENDIDIKAN NON FORMAL DAN INFORMAL

A.    Pendidikan Non-Formal
Pendidikan non-formal ialah pendidikan yang disusun dan dilaksanakan di luar sistem pendidikan formal.Pendidikan ini dapat diperoleh melalui program seperti latihan, kursus dalam perkhidmatan, seminar, bengkel, forum dan persidangan. Menurut UNESCO, program pendidikan yang bermotif vokasional, teknikal dan kecekapan dikategorikan sebagai pendidikan non-formal yang mana program tersebut menyediakan lapangan pekerjaan bagi orang dewasa di dalam sesuatu bidang kerja yang baru.
Konsep utama pendidikan non-formal menekankan bahwa klient program ini merupakan orang-orang dewasa dan remaja yang telah keluar dari bangku sekolah (mereka yang keluar dari sistem pendidikan formal).Pendidikan ini disifatkan di luar sistem pendidikan formal. Menurut Coomb dan Ahmed (1974), pendidikan non-formal ialah semua jenis aktiviti pendidikan yang tersusun (organised) secara sistematik yang dijalankan di luar sistem pendidikan formal yang bertujuan memberi pembelajaran yang terpilih untuk sesuatu kumpulan di dalam masyarakat.
Berdasarkan kepada definisi ini, disimpulkan bahawa pendidikan non-formal mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
• Pendidikan yang berterusan;
• Pendidikan untuk “pembangunan diri dan kerjaya (self-development and career development);
• Pendidikan dilaksanakan di luar dari sistem pendidikan formal;
• Pendidikan dikaitkan dengan satu kumpulan klientele yang tertentu dan memenuhi satu matlamat pendidikan yang khusus. (Ini termasuklah pengembangan pertanian, program latihan untuk petani, program pembasmian buta huruf untuk orang dewasa, latihan kemahiran pekerjaan yang diberi di luar dari sistem pendidikan formal, dan berbagai program pendidikan mengenai kesehatan, makanan, pembangunan keluarga dan koperasi).
Di dalam konteks Malaysia, pendidikan non-formal melibatkan tiga sistem utama yaitu sistem pelaksanaan (delivery system), sistem kepakaran (expert system) dan sistem klientele (clientele system).Interaksi ketiga-tiga sistem ini mempengaruhi polisi, pengurusan dan pentadbiran serta program pendidikan non-formal (Rajah 1).
Sistem Perlaksanaan
Sistem perlaksanaan adalah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab ke atas pembentukan dan pelaksanaan program pendidikan non-formal.Unsur-unsur di dalam sistem ini termasuklah organisasi-organisasi dan jabatankuasa-jabatankuasa di dalam semua peringkat program berkenaan.
Sistem Kepakaran
Sistem kepakaran (expert system) pula adalah terdiri pada mereka yang bertanggung jawab ke atas fungsi penyelidikan dan latihan yang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi dan institusi lain. Fungsi latihan memberi penumpuan terhadap latihan untuk jurulatih. Sistem kepakaran ini akan memenuhi keperluan input-input profesional di dalam pendidikan non-formal menerusi fungsi tersebut.
Fungsi latihan yang diberikan oleh sistem kepakaran adalah bertujuan untuk menentukan keberkesanan perlaksanaan latihan oleh jurulatih, mereka bentuk program dan pengurus pendidikan non-formal di dalam sistem perlaksanaan. Aktiviti latihan ini akan dilaksanakan oleh pakar-pakar di dalam pembangunan sumber manusia dan latihan daripada institusi pengajian tinggi.
Aktiviti kajian yang dilaksanakan oleh sistem kepakaran bertanggungjawab untuk menghasilkan data-data empirical untuk pembentukan polisi-polisi dan pengukuhan program.Pengukuhan program adalah aktiviti-aktiviti yang boleh memaparkan aspek saintifik pendidikan non-formal.
Sistem Klientele
Sistem klientele pula adalah terdiri daripada kumpulan sasaran pendidikan non-formal di dalam organisasi yang berkaitan dengan sistem perlaksanaan.Contohnya ialah beliau, wanita, petani, golongan miskin dan pekerja-pekerja kilang.
Berasaskan konsep yang dibincangkan, pendidikan non-formal menonjolkan beberapa prinsip penting dalam proses pendidikan yaitu :
1. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk melibatkan diri dalam proses pendidikan seumur hidup.
2. Ianya merangkumi berbagai-bagai aspek kehidupan.
3. Ianya dijalankan secara fleksibel.
4. Ianya dijalankan oleh berbagai-bagai agensi dan institusi.
5. Ianya ditujukan kepada semua golongan masyarakat.
Masalah Dan Cabaran Pendidikan Non-Formal
Pendidikan non-formal ialah satu cara untuk mencapai objektif-objektif Rancangan Malaysia Ke-9. Dengan panduan polisi yang jelas serta usaha nasional yang bersungguh-sungguh di dalam pendidikan non-formal dan latihan, program-program pendidikan non-formal perlu dirangka untuk memenuhi objektif-objektif berikut :
1. Membentuk integrasi nasional dan keharmonian sosial melalui :
a. Pemupukan semangat nasionalisme, cinta dan bangga sebagai rakyat Malaysia.
b. Penerapan nilai positif seperti berdikari, produktif, moral yang tinggi, amanah, disiplin diri dan kerjasama.
c. Penghapusan jurang ekonomi dan sosial di antara kaum, jantina, sektor dan kawasan di dalam negara lain.
d. Pengurangan tanggapan perbezaan psikologi antara kaum, kawasan dan lain-lain.
2. Untuk meningkatkan produktiviti melalui penerapan etika kerja yang positif dan nilai-nilai murni.
3. Untuk meningkatkan kualiti hidup melalui amalan kesihatan yang betul, pengurusan sumber dan keluarga yang sempurna dan kebersihan serta, keselamatan persekitaran.
Kelemahan Program Agensi Awam
Masalah utama yang dapat diperhatikan dalam aspek amalan pendidikan non-formal dalam agensi kerajaan masa kini ialah :
1. Pengurusan Latihan tidak dijalankan oleh pegawai-pegawai yang terlatih. Ada pegawai yang tidak sesuai dengan tugas tersebut diberikan tanggungjawab sebagai pegawai latihan.Masalah ini menjadi bertambah rumit dengan pertukaran pegawai yang tidak mengambilkira fungsi yang di-jalankan.Amalan ini tidak meng-galakkan pembentukan pegawai latihan yang betul-betul cemerlang dari segi pengetahuan dan tugas.
2. Di masa kini tidak terdapat penyelarasan di peringkat nasional untuk program pendidikan non-formal. Ini menimbulkan keadaan di mana berlaku pertindihan dari segi peranan dan kumpulan sasaran di samping berlaku pembaziran wang dan tenaga.Kebanyakan program pendidikan non-formal yang dijalankan adalah berdasarkan keperluan agensi masing-masing dan ada kalanya bertindan lapis.
3. Sebaliknya penyelarasan pendidikan non-formal didapati telah mula wujud di peringkat organisasi. Walau bagaimanapun, kelemahan tetap wujud di peringkat organisasi seperti ketiadaan polisi pendidikan non-formal atau kurang peng-hayatan terhadap polisi-polisi pendidikan non-formal. Kerap kali juga, program latihan dilaksanakan secara ad-hoc menyebabkan program tersebut gagal mencapai matlamatnya.
4. Di peringkat agensi-agensi kerajaan yang memberikan khidmat latihan pendidikan non-formal, didapati program pendidikan non-formal yang dijalankan mempunyai skop yang luas atau kurang menumpukan kepada satu-satu bidang. Situasi ini menyebabkan program tersebut tidak dapat memenuhi keperluan organisasi berkenaan. Keadaan inilah yang menyebabkan tidak banyak agensi lain berminat melibatkan diri di dalam program yang disediakan.
5. Agensi latihan kadangkala tidak dapat memenuhi permintaan latihan yang dikemukakan oleh agensi tertentu dalam satu masa kerana tidak bersesuaian dengan peran-cangan masa dan kemampuan agensi latihan tersebut (kurang tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan tidak mencukupi).
6. Antara kelemahan yang terdapat dalam pendidikan non-formal masa kini ialah kandungan program yang dibuat tidak berdasarkan kepada ‘needs analysis’. Objektif dan kandungan program ditetapkan oleh pentadbir-pentadbir organisasi tersebut.Pembentukan program yang agak singkat sehingga tidak membolehkan pengumpulan maklumat yang cukup tentang keperluan dan sumber-sumber yang sesuai digunakan di dalam program tersebut.
7. Kebanyakan program latihan yang dilaksanakan tidak mempunyai kesinambungan serta tidak menitik-beratkan langkah-langkah susulan. Sebagai pegawai latihan, di antara peranan penting mereka ialah membuat penyelidikan dan doku-mentasi mengenai program-program latihan.Walau bagai-manapun, didapati perkara ini kurang diamalkan.
Pembangunan Modal Insan Koperasi
- Strategi Pengukuhan Program Pendidikan Non-Formal
oleh : Dato' Haji Aliasak Anbia
Bagi memantap pendidikan non-formal yang dianjurkan oleh berbagai-bagai agensi yang berkenaan, maka satu strategi pengukuhan program latihan pendidikan non-formal dicadangkan seperti berikut untuk dilaksanakan pada dekad 90-an.
1. Satu falsafah pendidikan non-formal perlu diwujudkan bagi meletakkan asas pemikiran yang kukuh dan memberi justifikasi serta arah tujuan nasional mengenai pendidikan non-formal bagi negara ini. Falsafah tersebut hendaklah mengambil kira pernyataan-pernyataan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara, Dasar-Dasar Pembangunan Negara, Hak Asasi untuk mendapatkan pendidikan dan nilai-nilai murni yang diaspirasikan oleh negara.
2. Matlamat peringkat negara dalam pendidikan non-formal hendaklah ditentukan supaya semua program pendidikan non-formal akan menjurus ke arah matlamat tersebut.
3. Pernyataan mengenai konsep pendidikan non-formal berlatar-belakangkan keperluan peringkat negara haruslah diwujudkan bagi memberi gambaran kepada agensi yang terlibat dalam pendidikan non-formal bahawa program yang mereka anjurkan itu adalah berbentuk pendidikan non-formal dan bukannya program pendidikan formal.
4. Satu dasar pendidikan non-formal mestilah dibentuk berpandukan kepada falsafah dan matlamat pendidikan non-formal dan diperaku oleh pemerintah seterusnya dimaklumkan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam pendidikan non-formal untuk dijadikan panduan mereka.
5. Satu siri modul yang lengkap mengenai program-program pendidikan non-formal mestilah dibentuk dengan mengambilkira keperluan berbagai-bagai agensi dan memenuhi aspirasi negara. Untuk mencapai maksud ini, satu Jabatan kuasa Pusat yang berfungsi untuk membuat perancangan, penyelarasan dan penilaian program pendidikan non-formal haruslah dibentuk terlebih dahulu.Jabatan Skuasa ini hendaklah dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan non-formal.Peranan Jabatan kuasa ini boleh diperluaskan lagi dengan berfungsi sebagai satu badan yang boleh menjadi pakar rujuk mengenai pendidikan non-formal, seterusnya berkeupayaan mengenal pasti sumber-sumber yang boleh digemblengkan untuk aktiviti pendidikan non-formal.
6. Semua program pendidikan non-formal mestilah dibentuk berdasarkan keperluan klientele.
7. Satu pertumbuhan profesional pendidikan non-formal hendaklah dibentuk untuk memastikan tahap profesionalisme yang tinggi di kalangan pendidikan.
8. Firma swasta dan pertumbuhan profesional yang menganjurkan pendidikan non-formal mestilah lebih peka kepada tanggung jawab program yang mereka anjurkan. Maksudnya, mereka mestilah menawarkan program yang betul-betul berfaedah dan bertepatan dengan kehendak pelanggan serta selari dengan aspirasi negara dan bukan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.
9. Setiap program pendidikan non-formal yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, firma swasta, badan profesional dan program tajaan agensi luar hendaklah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang telah dikenal pasti terlatih dan pakar dalam sesuatu bidang.
10. Pengukuhan usaha-usaha pendidikan nonformal dan perkongsian sumber-sumber di antara agensi-agensi latihan adalah perlu untuk memantapkan lagi perlaksanaan program-program ini.
11. Latihan untuk jurulatih perlu diberi perhatian berat.
12. Perancangan mengenai latihan hendaklah dibuat awal untuk mendapatkan peruntukan yang mencukupi.
Penutup
Oleh kerana kerajaan telah memberi penekanan terhadap Pembangunan Modal Insan maka kerajaan tidak boleh menekankan hanya pendidikan secara formal tetapi Pendidikan Non-Formal harus juga diberi tumpuan dan dilengkapi dengan dasar dan sistem yang jelas. Oleh itu dicadangkan perkara-perkara di bawah diberi perhatian :
1. Menggubal polisi PNF negara.
2. Merangka satu program PNF yang komprehensif di mana perancangan, penyelarasan, perlaksanaan, pengawasan dan penilaian yang sistematik dijalankan.
3. Memberi latihan dalam aspek methodologi pengajaran pem-belajaran non-formal kepada pendidik/pelatih/ejen perubahan supaya mereka dapat men-jalankan program ini dengan cepat.
4. Memberi latihan dalam pen-yediaan bahan pembelajaran dan alat bantuan mengajar dan seterusnya menyediakan bahan tersebut dengan mencukupi.
5. Menjalankan penyelidikan yang bersesuaian untuk menyokong aktiviti PNF.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

SEJARAH SASTRA

Teori Persepsi

Serba-serbi Bis part 1